BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya dan mendapat kepastian tentang lafaz taklik. Pada tahun 2022 suami telah melafazkan taklik sebanyak 2 kali pada waktu yg sama , lafaz pertama "kalau kau keluar dari rumah ini , aku ceraikan kau"

lafaz kedua pula "kalau jadi apa apa kepada anak dia dalam perut tu, aku ceraikan kau" . Dan kami dah buat pengesahan cerai menggunakan peguam syarie dan menceritakan tentang lafaz taklik tersebut . Mahkamah sabitkan jatuh talak 1 kerana saya melanggar lafaz taklik pertama suami. Soalan saya , adakah taklik kedua tu masih valid atau dah dibatalkan oleh mahkamah ? Sbb anak saya sudah selamat dilahirkan dan  sudah berusia 2 tahun. Saya ragu ragu tentang taklik kedua tersebut . Adakah taklik itu masih berjalan sampai bila bila atau sudah dibatalkan oleh hakim?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan, taklik yang kedua itu, sekiranya maksud suami adalah semasa anak dalam kandungan, maka apabila anak telah lahir dan dalam keadaan sihat serta selamat, taklik itu telah tidak valid lagi.

Begitu juga sekiranya penceraian yang berlaku adalah secara bain, iaitu suami isteri tersebut perlu melakukan akad nikah dan pemberian mahar yang baharu, maka taklik talak yang berlaku pada perkahwinan yang sebelumnya akan terbatal. Melainkan jika berlaku penceraian dan suami merujuk isteri semasa di dalam tempih iddah, maka ia tidak membatalkan talak talik yang dilafazkan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, memandangkan pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image