Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum anak kita memanggil bapa orang lain dengan gelaran yang digunakan oleh anak beliau?
Jawapan
Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 11:
Maksudnya: Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
Panggilan atau gelaran yang digunakan seseorang untuk memanggil orang lain haruslah berlandaskan adab dan tidak menimbulkan kekeliruan. Sekiranya seseorang itu menerima panggilan gelaran yang diberikan dengan baik, membawa maksud yang baik dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kemudaratan, maka ia tidak menjadi satu kesalahan dan diharuskan.
Sekian, terima kasih.