Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ,masa tu saya ad nampak anjing kencing di tempat letak kereta saya, lepastu saya basuh dengan air mutlak sahaja dan saya tak sertu.Adakah kawasan yang terkena air basuhan tadi dikira najis mughallazah juga. Kemudian jika hujan, adakah air hujan yang mengalir di kawasan itu akan menyebabkan kawasan lain juga najis mughallazah.
Kemudian, saya pergi ke kawasan tu dengan memakai kasut. Adakah kasut saya terkena najis mughallazah juga? Jika ya, bagaimana saya nak sertu semua tempat yang saya pernah pijak dengan kasut saya tu?
Kemudian saya terpijak tapak kasut saya dengan kaki saya yang lembap dan tidak dilapik oleh apa-apa, kemudian saya masuk ke dalam rumah. Adakah saya perlu sertu rumah saya?
Kemudian tapak kaki saya terkena pula pakaian, lalu saya membasuhnya di dalam mesin basuh yang mengandungi baju orang lain. Adakah baju lain perlu disertu juga?
Adakah situasi saya dikira darurat dan bolehkah saya mengikut pendapat mazhab lain?
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, kawasan umum seperti tempat letak kereta yang telah dihujani dengan air hujan menyebabkan kesan dari air kencing anjing tersebut hilang sifatnya. Air hujan yang turun ke bumi adalah suci lagi menyucikan kerana ianya termasuk dalam kumpulan air mutlak. Oleh itu, air hujan yang turun dapat menyucikan najis.
Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka dihukumkan suci sehingga terbukti adanya najis dengan kehadiran salah satu sifatnya. Hal ini kembali kepada kaedah fiqh yang menyatakan:
Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu adalah suci.
Oleh itu, tidak perlu dirisaukan aliran air hujan, kasut yang dipakai ketika melalui kawasan tersebut, kaki yang terkena kesan tapak kasut, pakaian dan mesin basuh kerana semuanya adalah suci selagi mana tidak terbukti dengan yakin akan kewujudan najis dari segi warna, rasa atau bau.
Sekian, terima kasih.