Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya menggunakan applikasi shopee, sama tolong membelikan barang untuk seseorang misal nya telefon bimbit. Dengan pembelian ini saya akan mendapat coins berjumlah 10% daripada telefon bimbit. Adakah coins ini kepunyaan saya atau kepunyaan orang yang beli telefon bimbit itu? Coins ini tidak boleh dikeluarkan sebagai wang ringgit tunai. Orang yang membeli telefon bimbit itu tidak mempunyai akaun shopee dan sudah berumur.
Jawapan
Sebaiknya, perkara ini disepakati daripada awal antara pemilik akaun dan individu yang meminjam akaun. Kebiasaannya, seseorang meminjam akaun orang lain kerana ingin mendapatkan potongan harga atau menikmati keistimewaan keahlian akaun yang menawarkan harga lebih murah. Jika tiada persetujuan awal mengenai Shopee Coins yang diperoleh, dan memandangkan ganjaran 10% tersebut bukan dalam bentuk tunai serta hanya boleh digunakan oleh pemilik akaun, maka ia dianggap sebagai hak pemilik akaun.
Sekian, terima kasih