BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt, saya hendak tanya,

saya berkerja dalam syarikat pengauditan yang memberi servis servis audit kepada client. Apakah pandangan dari segi islam untuk berkerja sebagai auditor di dalam syarikat tersebut tetapi dalam sektor memberi servis audit kepada syarikat insurans. Semana yang saya tahu, memberi servis audit kepada sebuah syarikat tidak membuat saya untuk terlibat secara langsung dengan hal hal urusan syarikat insurans tersebut dan saya sebagai auditor hanya bertugas untuk check atau semak bahawa syarikat itu (client saya) mematuhi piawaian perakaunan atau tidak. 
 

Saya berharap untuk mendapat pandangan untuk berkerja di syarikat audit dalam sektor memberikan servis kepada client insurans.

 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Dari sudut Islam, insurans konvensional merupakan pelan perlindungan yang mengandungi unsur riba, gharar (ketidakpastian), dan maysir (perjudian), yang bertentangan dengan prinsip Syariah.

Namun, dalam persoalan yang dikemukakan peranan puan adalah sebagai auditor yang ditugaskan untuk mengaudit  pematuhan kepada piawaian perakaunan, bukan terlibat secara langsung dalam transaksi syarikat yang tidak patuh Syariah. Bekerja sebagai auditor kepada syarikat yang menjalankan urusan perniagaan secara konvensional adalah harus dan halal. Dalam masa yang sama, adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim untuk berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara, bagi memastikan seseorang itu tidak terjatuh dalam perkara-perkara syubhat yang memberi kesan terhadap agama dan dirinya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada al-Nu'man bin Basyir RA bahawa Rasullah SAW bersabda:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubhah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Namun begitu, sekiranya puan hanya seorang pekerja dan tidak mempunyai autoriti untuk mengelakkan muamalat tersebut maka gaji yang diperolehi itu adalah halal, atas dasar usaha dan keringat yang puan laksanakan. Sebaliknya, jika puan mampu untuk memilih dan mengelakkan diri dari terlibat dalam urusan tersebut maka ia amat digalakkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image