BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Saya nak tya apa solusi yang perlu saya buat dengan duit insuran saya. saya baru tahu yang insuran ini tidak patuh syariah. sekarang insuran saya dah matang setelah 24 tahun saya mencarum. Adakah duit itu halal untuk saya guna. Adakah  saya perlu keluarkan zakat dulu untuk saya sucikan duit tu atau macamana. Apa cara yang saya perlu saya lakukan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, insurans merupakan perlindungan kewangan yang tidak patuh Syariah sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 3/2011 yang menyatakan bahawa insurans konvensional adalah satu muamalat yang diharamkan oleh Islam kerana amat bercanggah dengan prinsip Islam. Oleh yang demikian, hanya jumlah bayaran pokok (caruman) pembeli polisi insurans konvensional (semasa hayat pembeli/ pemegang polisi) sahaja yang boleh diambil dan dikenakan bayaran zakat. Manakala pampasan atau dividen polisi insurans konvensional yang diterima oleh peserta insurans adalah dikira sebagai harta tidak patuh Syariah. Ia wajib  disucikan iaitu dengan diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Negeri untuk kegunaan maslahah umum.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image