BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Pertanyaan saya duit dividen insuran yang diperolehi adakah hak anak atau ibu sekiranya insuran tersebut dibayar oleh ibu


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, secarq umumnya dividen insurans yang diperoleh kebiasaannya bergantung kepada syarat dan polisi insurans yang diambil. Jika insurans tersebut dibayar oleh ibu, tetapi diletakkan nama anak sebagai pemegang polisi, secara prinsipnya anak tersebut yang berhak menerima dividen itu. Sebaliknya jika insurans tersebut atas nama ibu, maka dividen dan manfaat adalah milik ibu yang membayar polisi insurans. 

Namun begitu, untuk makluman anda insurans konvensional telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 3/2011 sebagai satu muamalat yang diharamkan dalam Islam kerana amat bercanggah dengan prinsip Islam. Oleh yang demikian, dividen polisi insurans konvensional yang diterima oleh peserta insurans adalah dikira sebagai harta tidak patuh Syariah. Ia wajib dilupuskan untuk tujuan harta disucikan dan diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan kepada golongan fakir dan miskin. Hanya bayaran pokok insurans (caruman) sahaja yang boleh digunakan oleh pembayar polisi insurans. Sehubungan itu, adalah disarankan agar beralih kepada takaful yang patuh Syariah, kerana ia berasaskan konsep tabarru' (derma) dan ta’awun (tolong-menolong), serta bebas daripada unsur riba, gharar, dan maysir yang diharamkan dalam Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image