BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam tuan mufti hukum wang-wang yang dibayar kepada orang lain untuk membeli sesuatu yang haram.Contoh,seseorang yang membeli dadah,adakah dia wajib meminta balik wang itu dari penjual untuk bertaubat?Adakah kalau dia tidak minta semula adakah berdosa dan adakah taubatnya tidak sah?Terima kasih tuan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, antara syarat jual beli adalah barang yang dijual adalah halal dan tidak dilarang dalam Islam.  Membeli dan menjual barang yang haram seperti dadah adalah bertentangan dengan prinsip Islam kerana perkara tersebut boleh memudaratkan dan merosakkan jiwa serta tubuh badan. Adapun begitu, secara umumnya jika seseorang telah membeli sesuatu yang haram, wang yang dibayar itu tetap sah namun ia dikaitkan dengan transaksi yang haram.

Seseorang yang telah membeli dadah sebagai contoh, tidak wajib untuk meminta kembali wang tersebut daripada penjual. Apa yang lebih utama ialah bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha), berazam untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, serta berdoa memohon keampunan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, dan menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image