BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.

Apa yang perlu saya lakukan jika baru tersedar saya telah mengambil pinjaman perumahan kerajaan secara perbendaharaan( konvensional). Loan itu tidak boleh ditukar ke pinjaman islamik. 

Adakah saya perlu menjual rumah saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم

Maksudnya: Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim. (Riwayat at-Tabrani)

Sewajarnya dalam hal ini penelitian memilih pinjaman halal dan haram sangat diperlukan bagi memastikan ianya selaras dengan syariat Islam. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Basyir RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إن الحلال بين وإن الحـرام بين

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas. (Riwayat al-Bukhari)

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 5:

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُم بِهِ وَلَـٰكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Maksudnya: Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Bertaubatlah kepada Allah SWT dan mohonlah keampunan-Nya atas segala kelalaian yang menyebabkan tersilap dalam memilih sesuatu yang tidak patuh Syariah. Semoga Allah menerima taubat dan mengampunkan segala dosa.

Dari segi tindakan seterusnya, tidak perlu menjual rumah tersebut, sebaliknya teruskan pembayaran pinjaman sehingga selesai dengan iktiqad tidak meredhai unsur riba yang terlibat. Sebagai langkah pembetulan, sebaiknya berusaha untuk mencari alternatif pembiayaan yang patuh Syariah sekiranya berkemampuan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image