Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum mufti, soalan saya berkaitan dengan gambar dan patung binatang dan manusia.
Adakah haram letak patung bentuk binatang, contoh lembu atau burung, sebagai hiasan di rumah ?
Adakah haram gantung gambar yang mempamerkan binatang atau manusia di rumah ?
Adakah haram melukis binatang atau manusia ? Saya pernah tengok video youtube yang menerangkan bahawa hanya Allah yang layak mencipta dan membentuk segala mahluk, jadi melukis binatang atau manusia adalah haram.
Terima kasih mufti memberi penerangan kepada soalan2 saya. Jazakallahu khoir.
Jawapan
1) Hukumnya adalah haram. Berdasarkan hadis Nabi SAW:
Maksudnya: Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Selain itu, Imam al-Nawawi juga berkata:
Maksudnya: Menurut para ulama’, antara sebab yang menghalang malaikat daripada masuk ke dalam rumah adalah kerana terdapat gambar patung. Ini disebabkan perbuatan meletakkan gambar patung itu merupakan maksiat yang amat keji dan seolah-olah menyerupai ciptaan Allah SWT. Manakala sebahagian daripada gambar-gambar tersebut dijadikan sembahan.
2) Hukum menggantung gambar yang bernyawa seperti haiwan atau manusia terbahagi kepada dua:
Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Jibril AS meminta izin kepada Nabi SAW untuk masuk ke rumah Baginda. Nabi SAW menyebut: Masuklah. Kata Jibril: Bagaimana aku nak masuk sedangkan di dalam rumah engkau ada langsir yang ada lukisan padanya. Sama ada engkau potong kepala (lukisan tersebut) atau dijadikan alas yang dipijak-pijak. (Riwayat al-Nasa'i)
3) Hukum melukis gambar terdapat dua perkara iaitu sama ada yang bernyawa atau tidak bernyawa.
2. Gambar yang tidak bernyawa:
Kesimpulannya, sekiranya melukis gambar yang bernyawa seperti binatang dan manusia secara sempurna anggota badan adalah haram walaupun terdapat sebahagian ulama kontemporari yang mengharuskannya kerana sadd al-zari’ah supaya dapat menutup dan mencegah unsur-unsur penyembahan berhala, memerangi syirik, dan memastikan manusia hanya mengagungkan Allah semata-mata.
Sekian, terima kasih.