Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,tuan mufti
Adakah benar golongan wahabi berpegang kepada 2 prinsip (Alquran &hadis) tanpa ijma dan qias..mengapakah pandangan mereka demikian?terima kasih tuan mufti.
Jawapan
Golongan wahabi adalah golongan yang tidak mempunyai manhaj atau metodologi yang konkrit. Oleh itu, ada sebahagian golongan wahabi yang tidak melihat kepada ijmak atau qias dalam berhujah atau mengeluarkan hukum manakala sebahagian yang lain ada yang melihat dan menggunakan ijmak dan qias dalam berhujah.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT tidak menghimpunkan umat Ku (umat Nabi Muhammad SAW) dalam kesesatan.
Para ilmuwan Ahli Sunnah Waljamaah telah sepakat menerima ijmak dan qias sebagai dalil penghujahan. Manakala golongan wahabi masih ada yang mengabaikannya.
Sekian, terima kasih.