BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, soalan saya apakah hukum debu pasir yang digunakan kucing sebagai tandasnya terbang terkena baju kita apabila kita bersihkan tandas itu , adakah boleh digunakan untuk solat ? 

Sekian , terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa sesuatu bahagian itu menjadi najis jika yakin nampak ain najis, rasa atau bau dan dengan kehadiran sifat-sifat tersebut barulah kita dituntut untuk menghilangkan ainnya terlebih dahulu lalu membersihkannya.

Oleh itu, jika dipastikan tiada ain najis (warna, rasa atau bau) yang melekat pada pakaian, maka pakaian tersebut dihukumkan sebagai suci dan boleh digunakan untuk solat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image