BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,

Soalan yang saya ingin bertanya adalah saya pernah bernazar yang saya akan puasa selama 7 hari sekiranya saya mendapat keputusan yang cermerlang di dalam pelajaran. Jadi persoalan saya adakah saya perlu berpuasa selama 7 hari berturut turut atau saya boleh berpuasa bila bila sehingga cukup 7 hari. Adakah sah nazar puasa saya bila saya terlupa niat puasa itu, tetapi pada malam sebelum puasa itu saya telah niat didalam hati. 
    Seterusnya, saya telah berpuasa nazar sebanyak enam hari tetapi pada tarikh sekarang bulan ramadan sudah dekat adakah saya boleh meneruskan nazar puasa saya di bulan ramadan ataupun tidak boleh, dalam makna katanya selepas bulan ramadan baru saya boleh meneruskan baki satu hari puasa nazar saya. Terima kasih didahulukan bagi pihak tuan, saya harap persoalan saya dapat dijawab


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Nazar itu merupakan sumpah dan janji atas nama Allah SWT yang wajib ditunaikan apabila hajatnya dimakbulkan oleh Allah SWT. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Haj ayat 29:

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ

Maksudnya: Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka.

Seandainya nazar itu bersifat terbuka dan tidak ditentukan masa atau tempoh perlaksanaanya atau berturutan atau tidak, maka ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Seperti dalam situasi tuan ini, puasa nazar boleh diteruskan setelah bulan Ramadhan. Puasa nazar tuan juga adalah sah pada situasi di mana tuan berniat pada malam sebelum puasa, kerana tuan sudah pun berniat.

Puasa nazar adalah tanggungan kewajipan yang wajib dilaksanakan dan adalah disarankan untuk menyempurnakannya dengan segera dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini dan nazar itu tidak dapat disempurnakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 10

message user image