Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Persoalan saya adalah mengenai air kencing yang termasuk semula ketika mengeluarkan sisa2 air kencing dalam zakar dengan cara mengurut zakar.
Adakah situasi tersebut membatalkan puasa kerana najis yang berada di hujung zakar termasuk semula di bahagian hujung lubang zakar padahal niat asal untuk mengeluarkan sisa2 najis.
Syukran.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kaedah fiqh dan pandangan ulama:
Perbuatan mengurut untuk mengeluarkan sisa kencing adalah sebahagian daripada istibra’
Sehubungan itu, situasi tersebut adalah tidak membatalkan puasa dan puasa anda adalah sah.
Sekian, terima kasih.