BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.  Saya nak tanya. Saya duduk kuantan, then pickup cousin dari Indo, kat KL. Saya balik kuantan sehari je, jalan2 sebelum ke KL balik untuk hantar. Niat saya fully adalah singgah sahaja, walaupun di rumah saya. Eligible tak saya nak jamak qasar di kuantan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاة

Maksudnya: “Dan jika kamu bermusafir di muka bumi ini, maka tidak berdosa ke atas kamu untuk memendekkan solat (solat empat rakaat dijadikan kepada dua rakaat).” (Surah al-Nisa’:101)

Secara asasnya, seorang yang bermusafir mendapat rukhsah untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar di sepanjang perjalanan dengan syarat:

  • Mestilah berada dalam keadaan bermusafir, iaitu perjalanan ke destinasi yang sekurang-kurangnya dua marhalah, iaitu sekitar 81 km. Kadar 2 marhalah ini yang ditetapkan berdasarkan taqribi (lebih kurang/anggaran) bukan tahdidi (tepat).

  • Perjalanan musafir tersebut telah melepasi sempadan mukim seperti kawasan kampung, taman perumahan atau daerah mengikut uruf setempat.

  • Dia tidak mengikuti imam yang menunaikan solat sempurna empat rakaat jika dia ingin mengqasarkan solat.

Maka, berdasarkan soalan, jelas di sini dibolehkan untuk menunaikan solat jamak qasar ketika perjalanan pergi dan balik kerana jarak di antara Kuantan ke Kuala Lumpur adalah melebihi 2 marhalah.

Namun, setelah sampai di kawasan mastautin (Kuantan) perlulah mengambil hukum penduduk tempatan (muqim) iaitu tidak boleh menunaikan solat jama’ dan qasar walaupun kepulangan ke Kuantan hanyalah sekadar singgah. Ini disebabkan gugurnya satu syarat dari syarat-syarat yang dibolehkan jama’ dan qasar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image