BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya nak menjual bedak sejuk yg dicampur dengan air florida sebangai pewangi..air florida tersebut mengundungi alkohol..boleh atau tidak sy menjual dan menggunakan air florida tersebut? Sy waswas sbb ada alkohol dlm air florida tersebut.. mintak pencerahan dari pihak sepatutnya..


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan  kertas bertajuk Alkohol Menurut Pandangan Islam dan membuat beberapa keputusan iaitu:

1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol  yang terhasil dari proses pembuatan arak maka  hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak, sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

3. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.,

4. Tapai adalah  halal dimakan,

5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan adalah tidak najis dan boleh dimakan; dan

6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan. 

Air florida merupakan air yang mempunyai haruman tertentu dan digunakan dalam pelbagai ramuan tambahan.  Berkaitan dengan bedak sejuk yang bercampur dengan air florida beralkohol, sekiranya alkohol yang digunakan bukan daripada pemprosesan arak, maka ia adalah adalah harus untuk digunakan dan tiada halangan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image