BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalam tuan,

suami saya membuat satu larangan kepada saya dengan mengatakan jika awak anggap saya suami, awak buat game tu (game online yang saya main), saya membuang game tersebut tapi say install semula. Adakah jatuh talak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada ayat larangan suami berbunyi: "jika awak anggap saya suami, awak buat game tu", ayat tersebut bukanlah lafaz talak. Ia adalah ayat perintah agar puan membuang game tersebut. Sebaiknya patuhlah arahan suami demi menjaga hubungan sesama pasangan. Ketagihan game adalah salah satu punca ketidakharmonian dalam rumah tangga kerana berlaku pengabaian terhadap pasangan, melalaikan dan seumpamanya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image