BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Jika seseorang meninggalkan puasa kerana sakit dan meninggal dunia pada hari yang 10 Ramadhan pada tahun yang sama. Adakah perlu membayar fidyah bagi waris untuk pesakit tersebut memandangkan beliau tidak berkesempatan untuk menggantikan puasa nya. Terima kasih 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan kerana ia menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, waris wajib membayar fidyah bagi si mati daripada harta peninggalan si mati jika ada. Namun, harus bagi waris untuk membayar fidyah bagi si mati dengan menggunakan wang waris sekiranya si mati tidak meninggalkan harta. Perkara ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامُ شَهْرٍ فَلْيُطْعِمْ عَنْهُ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا

Maksudnya: Sesiapa yang meninggal dunia dan dia masih mempunyai kewajipan berpuasa bulan Ramadhan, hendaklah sesiapa bagi pihaknya memberi sedekah makanan kepada orang miskin setiap hari. (Riwayat al-Tirmizi).

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image