BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,maaf mengganggu.saya nk bertanya,saya kencing dan selalu membasuh bahagian dlm lubang kemaluan tapi dengan cara menggosok saja dengan melalukan air dari atas kemaluan pada bulan puasa.saya was ii sebab dalam mazhab syafie ia boleh membatalkn puasa.selepas saya membasuh bahagian lubang kemaluan saya cuba untuk melurut balik kemaluan saya jika ade sisa ii yg ada tpi ade keluar air adakah itu punca air dri saya membasuh bahagian dlm kemaluan itu dan itu dikira batal kee tuan?..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka, termasuklah bahagian kemaluan depan dan belakang (qubul dan dubur) sehingga melebihi had batin. 

Oleh itu, dinasihatkan agar perbuatan menggosok bahagian dalam kemaluan tidak dilakukan ketika berpuasa kerana ia membatalkan puasa. Bagi membersihkan kemaluan, memadai dengan membasuh bahagian luaran yang zahir sahaja. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image