Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum memakai rida' dan cara pemakaian yang betul.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan pihak saudara, hukum memakai rida’ adalah seperti berikut:
Memakai rida' adalah sunah dari sudut kebiasaan pakaian Nabi SAW (sunnah 'adiyyah). Ia bukan sunnah yang dituntut secara khusus dalam ibadah (sunnah tasyri'iyyah).
Tidak ada cara pemakaian rida' secara khusus yang ditetapkan kerana secara umumnya rida' adalah kain atau selendang yang dipakai di atas bahu pakaian lain sama ada di sebelah kanan atau kiri bahu aau pada kedua-dua bahu.
Sekian, terima kasih.