BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...saya berumur 47 tahun kebelakangan ini haid saya tidak datang seperti biasa.Kebiasaannya haid saya setiap bulan 12-14 hari. Sekarang haid saya datang 5 -8 hari dalam masa 2-3 bulan. Kemusykilan saya setelah 2bulan tidak datang haid, pada 7/2/25 ada keluar darah yg cair,segar tidak berbau saya anggap itu darah haid dan tidak solat sehingga 14/2/25 kemudian saya mandi wajib dan solat seperti biasa..tetapi pada 24/2/25 keluar darah merah pekat kehitaman dan sedikit berbau dan darah berterusan sehingga hari ini 25/2/25...adakah darah ini darah haid atau macam mana tu


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, haid merupakan darah yang keluar sekurang-kurangnya 24 jam atau sehari semalam. Merujuk kepada persoalan, darah yang keluar pada 7/2/2025 hingga 14/2/2025 merupakan darah haid kerana telah memenuhi sifat asas haid iaitu melebihi 24 jam atau sehari semalam. Manakala tempoh minimum suci adalah 15 hari 15 malam. Namun begitu, tempoh minimum suci puan adalah tidak mencukupi tempoh minimum suci. Merujuk juga kepada panggilan telefon, darah puan masih berterusan keluar daripada 24/2/2025 hingga 10/3/2025. Jadi, ia perlu kepada menyempurnakan baki suci (bermula 15/2/2025 - 1/3/2025) walaupun darah keluar semula pada tarikh tersebut. Bermula 2/3/2025 barulah dianggap darah haid pada kitaran yang baru. Tempoh yang baki sempurna suci jika meninggalkan solat dan puasa pada tempoh tersebut hendaklah diqada’ semula solat dan puasa tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image