Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
As salam, saya nak bertanya jika saya sudah suci haid pada hari ke-11 , tapi harini hari ke-15 ada sedikit darah keluar (selepas buang air). Bolehlah saya solat & berpuasa seperti biasa kerana darah yang keluar hanya sekejap (waktu pagi) , waktu tengah hari dah kembali bersih . Perlukah saya mandi wajib ? Harap pihak tuan dapat menjawab dengan segera , Terima kasih :)
Jawapan
Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa haid boleh dikenal pasti melalui tempoh (tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam manakala tempoh maksimum suci daripada haid adalah 15 hari) dan warna darah yang keluar. Berdasarkan penjelasan yang dikemukakan, didapati bahawa darah keluar pada hari ke-15 iaitu hari paling maksimum tempoh haid, maka pada hari tersebut tidak boleh berpuasa dan solat. Setelah yakin darah telah berhenti pada waktu tengah hari, perlulah melaksanakan mandi wajib.