BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,tuan/puan, saya ingin bertanya adakah seorang isteri berdosa/derhaka dan layak untuk dimarahi/tidak perlu dilayani secara baik kerana si isteri tidak melayani nafsu suami hanya untuk 1 malam disebabkan si isteri tertidur kepenatan?. Suami dan Isteri bersama2 keluar mencari nafkah, apabila pulang dari kerja si suami tugasnya memasak dan si isteri akan melakukan tugas yang lain mengamil anak,mengemas rumah,mengemas dapur apabila suami sudah siap masak dan lain-lain kerana saya rasa seperti di dera bukan dari sudut fizikal tetapi dari sudut mental. terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Adalah tidak wajar sekiranya isteri terus dihukum (dimarahi/ tidak dilayan dengan baik) oleh suami tanpa alasan yang munasabah, serta tiada toleransi. Sedia maklum ramai dalam kalangan isteri yang bekerja, sekaligus mengurus anak dan keperluan dalam rumah tangga sejurus sahaja pulang ke rumah. Para isteri juga maklum tentang tanggungjawab untuk melayani suami dan kesannya jika menolak ajakan suami sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

Maksudnya: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama, lalu isteri itu menolaknya, dan suami itu pun tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya, maka para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi. (Riwayat al-Bukhari)

Adalah haram dan berdosa bagi seorang isteri menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak sekalipun haid isteri masih boleh melayani kehendak suaminya (berseronok selain dari farajnya), melainkan isteri itu sakit dan seumpamanya. Oleh kerana isteri tertidur keletihan dan tidak dapat melayani kehendak suami, ia bukanlah disengajakan atau mengelak untuk tidak melayani suaminya. Justeru, isteri boleh melayani suaminya pada malam yang lain. Sekiranya suami boleh memahami dan bertolak ansur, maka tiadalah perselisihan dalam rumah tangga dan pasangan suami isteri boleh hidup dalam suasana yang harmoni dan bahagia.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 10

message user image