Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Jika seseorang anak itu, belum menunaikan haji.
Ibu beliau juga, belum menunaikan haji.
Anak tersebut mem punyai duit yang cukup hanya untuk seorang menunaikan haji.
Bolehkan anak tersebut, memberi duit kepada ibu nya, untuk menunaikan haji dulu?
Jawapan
Merujuk kepada soalan, wajib ke atas anak untuk menunaikan haji sekiranya telah memenuhi syarat melaksanakan haji kali pertama dan berdosa jika meninggalkannya. Antara syarat tersebut adalah mempunyai kemampuan dari sudut kewangan. Adapun ibu tidak berdosa sekiranya tidak menunaikan haji sekiranya masih belum memenuhi syarat.
Sekian, terima kasih.