BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Berlaku salah faham antara saya dan suami pada pagi 18/2/2025 dan suami dalam keadaan sedar dan waras telah melafazkan ta'liq berbunyi :

"kalau awak message atau call dia kita cerai talak 1".

Dia yang dimaksudkan adalah suami pada kawan perempuannya.

Soalan saya adakah lafaz ini sabit dan tidak boleh ditarik balik? 
 

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umum cerai atau talak taklik bermaksud mengaitkan jatuh talak dengan berlakunya sesuatu perkara. Apabila perkara tersebut berlaku, maka jatuhlah talak. Seperti ucapan suami: "kalau awak message atau call dia kita cerai talak 1" atau sebagainya. Kesannya adalah bila suami atau isteri melakukan perbuatan tersebut, maka boleh menyebabkan jatuhnya talak. Dan dalam konteks persoalan puan taklik yang suami puan lafazkan itu adalah sabit dan boleh membawa kepada jatuhnya talak sekiranya dilanggar atau dilakukan dan taklik itu juga tidak boleh ditarik balik.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image