Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t
Suami telah bernikah lagi 1 diluar Malaysia pd november 2024. Tetapi suami belum daftar kan lagi pernikahan beliau di Malaysia. Jika suami pulang ke Malaysia, boleh ke beliau duduk sekali dengan isteri baru yang telah dinikahi di luar Malaysia?
Jawapan
Sekiranya pernikahan suami puan di luar negara tersebut sempurna rukun-rukun dan syarat-syarat nikah, maka pada hukum syara, pernikahan mereka adalah sah dan mereka boleh hidup sebagai suami isteri dan boleh tinggal bersama. Walau bagaimanapun suami puan hendaklah segera mendaftarkan pernikahan tersebut di Malaysia agar pernikahan itu dapatkan disahkan kesahihan pernikahannya dan diterima dari sudut undang-undang Malaysia.
Sekian, terima kasih.