BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammuaalaikum tuan... Saya ingin bertanya sedikit tentang lafaz cerai taklik terdahulu tahun 2021 saya pernah ketahuan curang di belakang isteri saya... Dan selepas itu saya dan isteri bergaduh besar... Sehingga saya ada lafaz taklik berbunyi mcm nie jikalau selepas ini saya ada perempuan lain.. saya jatuh kan talak berapa saya tk ckp., cuma saya cakap jatuh kan talak sahaja... Dan tahun lepas 2/5/2024 saya ketahuan lagi saya keluar dngan perempuan lain .. lalu isteri saya ada failkan lafaz cerai taklik dekat mahkamah... Kuala langat... Setahu saya... Saya melanggar taklik tahun lepas... Tetapi hakim mahkamah jatuh kan tarikh saya bercerai ditahun 2021... Mcm mne tu tuan??? Saya hairan smpai sekrng jadi tanda tanya????? Saya lafaz taklik tahun 2021... Saya pelanggaran lafaz taklik tahun 2024... Tetiba hakim beri tahu saya dan isteri sah bercerai.. tapi di tahun 2021!!!! Sedangkan saya ketahuan melanggar taklik 2/5/2024... Mcm mne ye tuan???? Saya rasa keliru sangat².. mohon bantuan kekeliruan saya ini....


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz taklik pada tahun 2021 berbunyi: " jikalau selepas ini saya ada perempuan lain.. saya jatuh kan talak", adalah lafaz yang soreh (jelas) maksudnya. Walaupun tidak disebut talak berapa, ia adalah dalam bidangkuasa Hakim Syarie untuk menentukan bilangan talak. Justeru, ikutlah keputusan pihak Mahkamah Syariah dan perintah yang telah diputuskan. Dalam perkara berkaitan talak tidak boleh dibuat main dan dilafaz dengan sewenang-wenangnya. Ini akan berkaitan dengan hukum hakam, tempoh iddah bagi isteri dan sebagainya. Jika ada melafazkan apa-apa taklik atau talak hendaklah segera melaporkan perkara tersebut ke pihak Mahkamah Syariah agar dapat ditentukan status perkahwinan suami isteri tersebut. Jika tidak dilaporkan dikhuatiri boleh berlaku talak ba'in.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image