Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,saya nak tanya, bolehkah saya gunakan website upwork untuk bekerja.Tapi website upwork ini ialah syarikat usa dan saya anggap usa sokong israel.Jadi,jika saya guna website upwork untuk berkerja,saya rasa,perkara itu memberikan keuntungan pada upwork dan sekaligun upwork membayar cukar kepada usa hasil sebahagian keuntungan upwork,jadi ia memberi manfaat kepada usa.Adakah kita boleh gunakan upwork untuk bekerja atau kerja di syarikat-syarikta usa.
-Upwork adalah platform freelance online yang menghubungkan pekerja lepas (freelancer) dengan klien dari seluruh dunia. Di Upwork, kamu bisa menawarkan jasa di berbagai bidang seperti
✅Pengembangan AI & Machine Learning
✅ Pemrograman & Pengembangan Web (Python, JavaScript, React, dll.)
✅ Desain Grafis & Video Editing
✅ Penulisan & Penerjemahan
✅ Digital Marketing & SEO
✅ Dukungan Pelanggan & Admin Virtual
-Freelance adalah cara bekerja di mana seseorang tidak terikat kontrak jangka panjang dengan satu perusahaan, tetapi bekerja secara mandiri dengan mengambil proyek dari berbagai klien. Seorang pekerja lepas (freelancer) bisa menentukan sendiri kapan, di mana, dan dengan siapa mereka bekerja.
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Memboikot sesuatu barangan atau produk merupakan salah satu tindakan berbentuk protes terhadap kegiatan ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, tindakan memboikot ini perlulah dibuat berdasarkan ilmu agar sasaran boikot tersebut kena pada sasarannya iaitu Israel dan sekutunya serta tidak menyebabkan ekonomi sesuatu syarikat yang tiada kena mengena dengannya runtuh. Namun, sekiranya sesebuah syarikat itu secara terang-terang mengisytiharkan sokongan mereka kepada Israel dan sekutunya, maka masyarakat mesti membantah dan memboikot syarikat tersebut tetapi ia bukan satu kewajipan bergantung kepada keadaan seseorang.
Adapun bagi perisian Upwork sebagaimana yang dinyatakan adalah satu bentuk kemudahan yang boleh diakses pada hari ini khususnya bagi mereka yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan sebagai freelancer melalui platform ini. Justeru hukumnya adalah harus kerana pekerjaannya tidak terlibat dengan sesuatu unsur yang haram dan meragukan. Tambahan pula, realiti pada hari ini kita tidak dapat menafikan kelebihan yang terdapat pada kemudahan perisian yang semakin meluas khususnya yang melibatkan bidang kerjaya. Masyarakat perlu memanfaatkan kemudahan yang ada serta menggunakannya atas jalan kebaikan seperti urusan kerja dan sebagainya.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai isu boikot sila layari laman sesawang berikut:
https://www.muftiselangor.gov.my/2024/01/11/40-taudhih-al-hukmi-boikot-menurut-perspektif-islam/
Sekian, terima kasih.