BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...baru2 ni suami ada cakap, jika kamu terlanjur, abang terpaksa lepaskan kamu..bila saya tanya, adakah dia bertaklik..dia cakap tidak..mohon pencerahan adakah ianya lafaz taklik..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, ayat yang diucap oleh suami berbunyi: "jika kamu terlanjur, abang terpaksa lepaskan kamu.." adalah ayat berbentuk perkhabaran (khabari). Maksudnya suami menyatakan atau memaklumkan bahawa jika isterinya terlanjur, maka suami terpaksa lepaskannya. Tambahan pula suami mengakui ia bukanlah taklik.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image