BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualikum saya ada 1 soalan .. sekiranya suami melafaz ayat ' kalau abang contact has lagi kita pisah ' (has tu nama perempuan itu) adakah ini lafaz taklik


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz suami berbunyi: "kalau abang contact has lagi kita pisah", ia adalah lafaz taklik secara kinayah (kiasan). Maksudnya lafaz sebegini mengandungi maksud cerai atau menyerupai cerai. Maksudnya, jika suami niatkan cerai semasa melafazkannya, maka jatuhlah talak ke atas isteri. Adapun, jika suami tidak niat untuk cerai, maka tidak jatuh talak. 

Walaubagaimanapun, puan boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk penjelasan selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image