BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Adakah lafaz takliq perlu diketahui oleh kedua-dua pihak? Bagaimana implikasi dari sudut hukum dan tindakan yang perlu diambil jika isteri tidak mengetahui bahawa suami ada melafazkan takliq? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan : 

1. Sekiranya suami melafazkan taklik tersebut dengan niat untuk menghalang isterinya daripada melakukan sesuatu perbuatan, maka ia perlu diberitahu kepada isterinya. Sekiranya suami tidak memaklumkan kepada isterinya berkaitan lafaz taklik tersebut, maka talak tidak jatuh.

2. Adapun sekiranya, suami melafazkan taklik itu dengan niat mengaitkan dengan perbuatan isteri semata-mata, maka talak akan jatuh walaupun tanpa diberitahu kepada isterinya.

Walau bagiamanapun, dalam hal ehwal rumahtangga adalah sangat baik sekiranya setiap perkara dibincangkan bersama, agar pasangan maklum tentang apa jua perkara yang mungkin dilakukan oleh samada suami atau isteri. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan hukum syara, pasangan hendaklah jujur dan sentiasa berterus terang dalam perkara ini supaya tidak berlaku sebarang pelanggaran hukum tanpa diketahui oleh pasangan kita.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image