BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

25/01/2025 - 29/01/2025, datang haid 5 hari

30/01/2025 - 14/02/2025, suci 16 hari

15/02/2025 - 22/02/2025, haid 8 hari

23/02/2025 - 01/03/2025, suci 7 hari

02/03/2025 datang haid semula.

Persoalan saya, saya tidak tahu yang mana satu jatuh kepada darah istihadah. Harap dapat membantu. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, tempoh minimum haid adalah 24 jam atau sehari semalam dan tempoh sebanyak-banyak haid adalah 15 hari 15 malam. Manakala tempoh minimum suci adalah 15 hari 15 malam. Merujuk kepada persoalan:

25/1/2025 - 29/1/2025: 5 hari merupakan darah haid

30/1/2025 - 14/2/2025: 16 hari merupakan tempoh suci

Keadaan di atas ini telah memenuhi syarat tempoh minimum dan maksimum haid serta tempoh minimum suci.

15/2/2025 - 22/2/2025: 8 hari merupakan darah haid

23/2/2025 - 1/3/2025: 7 hari merupakan hari suci puan, tetapi ia tidak memenuhi syarat minimum tempoh suci 15 hari 15 malam.

2/3/205: Darah yang keluar semula ini bukanlah darah haid kerana ia keluar dalam tempoh suci yang belum mencukupi 15 hari. Jadi, ia memerlukan kepada penyempurna baki suci dari 23/2/2025 (tempoh suci sebelum ini) hingga 9/3/2025. Jika terdapat darah selepas ini, baru ia dianggap kitaran haid yang baru. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image