Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalam Tuan,
1)Bagaimana Pihak Pejabat Mufti Selangor menentukan seseorang itu dikategorikan sebagai miskin. Adakah ia berdasarkan jumlah pendapatan setahun seseorang itu dan berapa nilainya
2)Adakah orang miskin diwajibkan membayar zakat pendapatan?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
1) Takrifan Imam Syafie dan juga Hambali, fakir ialah orang yang tidak mempunyai apa-apa harta dan miskin pula ialah orang yang mempunyai harta namun tidak mampu memenuhi kecukupan keperluannya. Sementara itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor tahun 2002, telah menerima definisi yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor bahawa takrifan fakir dan miskin itu ialah:
2) Justeru, zakat terdapat 2 komponen penting bagi menentukan seorang muslim itu dikenakan zakat ataupun tidak adalah berdasarkan cukupnya haul dan nisab. Bagi mereka yang dikategorikan sebagai miskin dapat disimpulkan bahawa tidak akan dikenakan zakat pendapatan atas dasar nisab yang tidak mencukupi sehingga diwajibkan ke atasnya. Untuk makluman lebih jelas mengenai hal ini, tuan boleh rujuk kepada pihak yang berautoriti dalam menguruskan zakat seperti Lembaga Zakat Selangor.
Sekian, terima kasih.