Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya nak bertanya 2 soalan,
1) Kalau 1 jari kaki patah kalau ada balutan kena buka balutan ke ketika berwuduk? kalau tak buka adakah kena tayamum selepas berwuduk?
2) kalau 1 jari kaki patah kemudian jari kaki tersebut bersimen, selepas ambil wuduk perlukah bertayamum selepas berwuduk?
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Jabirah bermaksud balutan di atas anggota yang sakit iaitu di kawasan anggota wuduk atau anggota tayamum seperti membaluti dengan menggunakan plaster, gaus, simen dan sebagainya. Bagi pesakit yang berjabirah hal keadaan berbalut pada sebahagian kaki, maka langkah-langkah berwudhu' adalah seperti berikut:
Dalam hal ini tidak disyaratkan berwudhu' sebelum memasang balutan atau tampalan pada anggota wudhu'. Justeru itu, tuan tidak perlu melakukan tayamum dan hanya memadai dengan mengalirkan atau menyapu air di atas balutan sama ada tampalan mahupun simen kaki tersebut semampunya ketika berwudhu' atau mandi wajib.
Sehubungan itu, kami sertakan panduan berkenaan bersuci dan bersolat bagi pesakit yang disediakan oleh JAKIM sebagai rujukan di peringkat tuan:
https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/panduan_bersuci_dan_bersolat_bagi_pesakit.pdf
Sekian, terima kasih.