Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya nk tanya, masa bulan ramadhan. Pada 9mac 2025 saya ingin berbuka puasa dia sesuatu restorant ini. Tetapi di persekitaran restoran itu tiada azan yang bole saya dengari.jadi saya berpandukan google untuk mendapatkan waktu yg tepat untuk berbuka. Jadi pada masa itu, waktu maghrib yg ditunjukkan adalah pada 7.27pm, maka saya berbuka lah. Apabila saya double check di surau dan portal rasmi jakim. Saya dapati bahawa waktu berbuka pada 7.28pm. adakah puasa saya perlu diqhada? Dan adakah batal puasa saya?
Jawapan
Berdasarkan situasi yang diterangkan, secara umumnya kesilapan memastikan waktu berbuka boleh menyebabkan puasa seseorang itu terbatal dan perlu diganti semula. Ini kerana tidak menjadi kesukaran pada masa ini untuk menyemak jadual waktu solat dengan merujuk kepada laman sesawang atau aplikasi badan berautoriti seperti JAKIM atau Jabatan Mufti Negeri bagi memastikan waktu solat sejak daripada awal lagi.
Sekian, terima kasih.