Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang haid. Haid saya datang banyak hari pertama dan hari kedua. Hari ke 3 tanda haid makin sikit dan pada sebelah malam sudah tiada.Untuk betul-betul kepastian sama ada haid saya sudah berhenti atau tidak saya melakukan cara 'meruang'. Ternyata haid saya sudah tiada. Esoknya saya mandi wajib, solat dan puasa seperti biasa. Tetapi selepas berbuka puasa saya sekali lagi 'meruang' untuk kepastian. Tetapi kali ini haid saya datang semula. Adakah puasa saya sah dan boleh atau tidak saya solat kerana haid saya tidak keluar dari faraj( tersekat didalam faraj)?
Jawapan
Situasi puan disebut sebagai fatrah iaitu situasi darah tidak mengalir keluar, akan tetapi masih ada dalam faraj. Tempoh fatrah ini masih lagi dikira sebagai tempoh haid menurut mazhab Shafi'i. Ibn Hajar al-Haytami dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj berkata:
Maksudnya: Perbezaan antara keduanya ialah naqa' itu syaratnya mesti keluar kapas putih bersih manakala fatrah pula ialah keluar kapas tercemar dengan darah, kerana itulah mereka sepakat mengatakan bahawa tempoh fatrah adalah haid.
Jika masih ada darah dalam faraj walaupun tidak mengalir keluar sehingga ke luar faraj, ia tetap dihukumkan haid. Oleh itu, puasa puan tidak sah dan perlu diganti kerana puan masih dalam keadaan haid.
Sekian, terima kasih.