BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Soalan seperti berikut:

Baru-baru ini saya selesai menjual rumah dan mendapat sebanyak RM600,000. Selepas mengira zakat menggunakan zakat kalkulator di laman web zakat selangor. Jumlahnya zakat untuk pendapatan jualan rumah tersebut adalah RM 14,635.50. Saya memiliki hutang kereta bersama ibu saya dengan jumlah RM 31,000. Jika saya melangsaikan hutang kereta saya sepenuhnya, perlukah saya membayar zakat tersebut? 

Terima kasih untuk memberi waktu dan tenaga anda untuk menjawab soalan saya. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan fatwa & keputusan syariah menyatakan bahawa hasil jualan rumah wajib dizakatkan sebanyak 2.5% iaitu selepas ditolak kesemua kos-kos yang terlibat dalam penjualan rumah tersebut. Hutang kereta tidak termasuk dalam kos-kos yang bersangkutan dalam jualan rumah tersebut. Oleh itu, kiraan zkat adalah seperti berikut. 

Hasil Jualan - Kos-kos terlibat = ...x 2.5% = zakat. 

Jika terdapat sebarang kemusykilan lanjut, pihak tuan boleh merujuk terus kepada Lembaga Zakat Selangor dari segi kiraan dan kaedah pembayaran zakat.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image