Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, izinkan aaya bertany kemusykilan saya berkenaan haid dan istihadhah.
sekiranya terdapat darah yang keluar pada tempoh suci 15 hari dan darah tersebut menepati sifat2 darah haid, adakah ianya dikira sebagai haid atau istihadhah ?
sebagai contoh:
tarikh pertama haid: 13/2
tarikh terakhir haid: 27/2
tarikh darah keluar yang terbaharu: 11/3
darah yang tersebut keluar pada hari ke 12 suci. harap pihak mufti dapat memberi penjelasan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, darah yang keluar pada tempoh minimum suci antara haid 15 hari adalah darah istihadhah. Maka, darah yang keluar pada hari ke-12 suci itu bukanlah haid sehinggalah pada hari ke-15 suci. Apabila masuk hari ke-16, darah itu dihukumkan kembali sebagai haid kerana telah melepasi tempoh minimum suci antara haid.
Sekian, terima kasih.