BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah terdapat larangan atau fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri Selangor berkenaan untuk beriktikaf di Masjid/ Surau? memandangkan Ramadhan yang mulia semakin tiba dan seluruh ummat Islam disunnatkan untuk memperhebatkan amalan dan usaha mencari Lailatul Qadr. Saya mempunyai pengalaman tidak dibenarkan melaksanakan ibadah iktikaf ini di suatu surau kerana pihak pengerusi memaklumkan terdapat fatwa/ larangan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri Selangor. Mohon pencerahan berkenaan permasalahan ini. Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengikut Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-2/2024 memutuskan bahawa surau kebenaran Jumaat tidak menepati takrifan sebuah masjid berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 walaupun surau tersebut telah mendapat kebernaran untuk melaksanakan solat fardu Jumaat. Justeru, tidak sah iktikaf dan solat sunat Tahiyyatul Masjid di dalam bangunan selain Masjid seperti surau dan musolla. Iktikaf dan solat tahiyatul masjid hanya sunat dilakukan di tempat yang dikategori sebagai masjid. Walaupun begitu tetap digalakkan untuk melakukan apa-apa sahaja solat sunat dan zikir-zikir di tempat selain daripada masjid seperti di surau atau surau jumaat. Oleh itu, sebaiknya tuan memilih Masjid sebagai tempat untuk beriktikaf dan solat sunat Tahiyyat Masjid agar amalan tersebut sah dan diterima.   

Tiada sebarang arahan dikeluarkan melarang jemaah daripada mengimarahkan masjid atau surau. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image