Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt
Saya berkerja sebagai pembantu akaun, dan saya ada kena rekod aset syarikat,
Situasi saya ialah
Saya kena rekod aset syarikat, salah satunya ialah kereta syarikat
Tapi semasa saya hendak rekod, dokumen yang saya guna untuk lihat berapa kos harga kereta itu, ada tunjuk yang kereta itu dibiayai menggunakan loan yang ada riba'.
Jadi saya takut gaji atau kerja saya tak halal, apa yang saya patut lakukan, saya buntu, harap pihak mufti dapat membantu, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, tugasan yang dilakukan tersebut memerlukan kepada beberapa pertimbangan berdasarkan tugas yang dilakukan. Jika pekerjaan tersebut tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti haram seperti tugas pentadbiran, kebersihan dan sebagainya maka gaji yang diterima adalah dianggap halal. Hal ini kerana tugas tersebut tidak terlibat secara langsung dengan urusan haram oleh syarikat tersebut hanya merekodkan dokumen berkaitan syarikat.
Sekian, terima kasih.