Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Apa hukum sy mendapat duit melalui sumbangan dari komuniti dgn sistem yg telah di reka untuk menetapkan giliran menerima duit sumbangan tersebut
tapi sebelum tu sy perlu membuat sumbangan terlebih dahulu ke dalam komuniti tersebut
sy beri sumbangan RM5 skali sahaja apabila sampai giliran saya akan menerima 8 kali RM5 pula dari komuniti tersebut
Syarat:
1. Sumbang Rm5
2. Ajak orang lain utk menyumbang juga
3. Apabila sampai satu tempoh (selepas menerima 8X sumbangan) sy diwajibkan utk menyumbang kembali ke dalam komuniti bagi menggerakkan sistem tersebut..
Jadi kiranya seperti sy guna duit sy utk dptkan duit lebih dgn cara ajak org utk menyumbang juga.. Tanpa ada Apa² barangan (jual beli)
Jawapan
Secara asasnya derma atau sumbangan membawa maksud pemberian ikhlas yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang orang yang lain untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tiada penetapan jumlah tertentu untuk memberi sumbangan. Merujuk kepada persoalan, kaedah sumbangan yang dilakukan oleh komuniti adalah dibenarkan jika tiada unsur gharar (ketidakpastian) atau penindasan dalam kalangan penyumbang serta keuntungan oleh pihak tertentu sahaja. Pihak komuniti hendaklah memastikan semua penyumbang adalah layak untuk mendapat sumbangan dengan jumlah yang sama.
Sekian, terima kasih.