BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya berpuasa dan kemudian ada kahak di tekak. kahak keluar hingga ke lidah dan saya menelan kahak tanpa mengetahui perbuatan saya itu akan menyebabkan batal puasa.

Selepas telan kahak baru saya terdetik untuk mencari hukum menelan kahak dan baru saya sedar perkara itu membatalkan puasa tapi saya teruskan juga berpuasa dengan beranggapan saya jahil semasa saya lakukan perkara tersebut.

Adakah puasa saya sah atau saya perlu ganti puasa tersebut.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, puasa tersebut tidak sah dan perlu diqada kerana kahak yang sudah berada pada had zahir rongga mulut lalu ditelan termasuk dalam perbuatan yang membatalkan puasa iaitu memasukkan sesuatu atau objek sampai melalui saluran terbuka sehingga ke rongga. Boleh baca dan rujuk Risalah Fiqh Puasa terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan melayari Buku Risalah Fiqh Puasa

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 10

message user image