BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Saya pernah mendengar bahawa kita tidak boleh mempersendakan agama, dan sekiranya seseorang melakukannya, dia boleh dianggap murtad.

Saya ingin bertanya mengenai satu situasi yang berlaku di tempat kerja saya. Seorang rakan saya berhutang dengan saya, dan dia memberitahu bahawa dia telah membayar hutang tersebut melalui pemindahan wang secara dalam talian. Kemudian, dia menambah, "Kalau tak dapat, halalkan je lah."

Secara spontan, saya membalas dengan nada bergurau, "Kalau tak dapat, merangkaklah dekat sana," tanpa ada niat untuk mempersendakan agama. Namun, sebaik sahaja saya mengucapkan kata-kata itu, saya tersedar dan segera mengucap dua kalimah syahadah.

Saya ingin bertanya, apakah hukumnya dalam situasi ini, Ustaz?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan situasi yang diterangkan, itu bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai mempersendakan agama. Ia lebih kepada sindiran kepada si penghutang yang mengambil ringan tentang tanggungjawab melunaskan hutang hutang. Jadi dalam situasi ini Tuan masih Islam dan tidak murtad. Walau bagaimanapun, menyindir tidak digalakkan dalam Islam. Seeloknya elakkanlah sindiran walaupun berada pada pihak yang benar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image