BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya. Saya ada daftar satu aplikasi membeli air coffee online tapi masa pertama saya daftar tidak boleh kerana email saya telah berdaftar dan saya telah menghubungi pihak pelanggan untuk dapatkan balik akaun email saya. Saya telah dapatkan balik akaun tersebut tetapi bila saya buka akaun tersebut ada baki dalam akaun tersebut bukan saya punya (Mungkin orang yang guna email saya punya). Saya nak tanya ustaz duit tu nak buat macam mana? Haram ke saya guna. Terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, duit tersebut bukanlah milik tuan yang boleh digunakan. Mungkin terdapat kesilapan teknikal semasa pendaftaran yang merupakan duit orang lain. Jadi, adalah sebaiknya, tuan menghubungi pihak pengurusan akaun pembelian kopi tersebut untuk dipulangkan semula duit kepada pemilik asal atau pihak pengurusan akaun tersebut mempunyai cara yang mesti dipatuhi apabila berlaku kesilapan sebegini. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image