BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Maaf saya nak tanya ritual itu haram kan sebenarnya Sebab di tulis ritual duit halal apakah tipu 

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Ritual menurut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud tatacara dalam upacara keagamaan, adat dan sebagainya. 

Dalam Istilah yang lain amalan "ritual" adalah  sesuatu acara untuk mendapatkan duit secara cepat atau mudah, terutama yang melibatkan unsur-unsur tertentu yang tidak selaras dengan prinsip-prinsip Islam atau undang-undang yang sah, maka ia boleh dianggap haram atau tipu.

Ritual ini tidak sah dari sudut syarak ianya digunakan untuk mendapatkan wang tanpa usaha yang sah atau tanpa jalan yang halal, seperti penggunaan jampi, azimat, atau sebarang amalan yang tidak disyariatkan dalam Islam.

Oleh itu,  ritual untuk menarik duit  atau wang ajaib adalah diragui dan ia amat bertentangan dengan Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image