BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

 

Saya mempunyai soalan tentang denda kelab, apakah hukum jika

1) Ahli kelab tersebut telah membayar tabung ( bulanan ) sebanyak RM 15, jika ahli kelab tersebut telah melanggar peraturan kelab, ahli tersebut akan dibuang dari kelab dan duit tabung tidak akan dikembalikan. Apakah hukum nya?

2) Ahli yang menerima peraturan tersebut secara paksa oleh pengelola persatuan, maksud nya duit tabung bulanan sudah dibayar dari januari 2024 dan penguatkuasaan peraturan tersebut baru dilakukan mac 2025, adakah dibolehkan?

 

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hadis riwayat Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad SAW:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi syarat-syarat (perjanjian) yang telah mereka sepakati(Riwayat Abu Daud)

Sekiranya peraturan-peraturan ini telah diperjelaskan dalam peraturan sedia ada, atau peraturan yang baru, maka ia tiada masalah untuk diamalkan. Ini kerana keputusan untuk menggunapakai peraturan baru pastinya telah dipersetujui secara majoriti di dalam mesyuarat sebelum dikuatkuasakan. Sekiranya peraturan atau tindakan pengelola persatuan menyalahi peraturan sedia ada dalam persatuan, pastinya ruang untuk bersuara boleh dipanjangkan secara dalaman atau kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image