BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Sy nak bertanya mengenai taklik. Suami saya selalu mentaklik kan saya untuk setiap perkara yg jika die tidak setuju, tp saya nak.

Sebagai contoh, company tempat saya ade buat majlis berbuka puasa di hotel, bile sy minta izin untuk pergi die x benarkan tanpa apa2 alasan yg munasabah dan jika saya hendak pergi juga maka kata nye jatuh talak 1. 

Sy nak kerumah mak sy pun jika die tak izinkn dan sy berkeras nak pergi, die akan jatuhkn taklik yg sama. Jika sy pergi maka jatuh talak. Lafaz taklik ni dah jadi mainan mulut die. 

Malah sekarang sy ade 2 taklik yg masih valid. Bile2 masa jika saya langgar tanpa sengaja akan jatuh talak. 

Apa sememangnye mmg suami bole sesuka hati menjatuhkn taklik. Atau kalau dah selalu ade kan taklik yg dilafazkn sah.

Harap ustad dpt menjawab soalan sy dan sy berterima kasih atas masa dan jawapan yg bakal.diberikan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam Islam lafaz talak atau taklik tidak boleh sewenang-wenangnya untuk dilafazkan oleh suami. Talak juga tidak boleh untuk dibuat main-main, lawak jenaka atau gurauan.  Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak). (Riwayat Abu Daud ).

Dan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor (2003), di bawah Seksyen 125 dinayatakan : Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Ini jelas menunjukkan bahawa seseorang suami tidak boleh sesuka hatinya untuk melafazkan cerai atau taklik atau seumpanya kepada isterinya tanpa kebenaran mahkamah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image