BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. sy nak tanya, baru2 ni ada bejalan dgn suami. ank perempuan kami umur 9tahun sedang berjalan didepan kami. sy begurau dgn suami mengatakan "tengok ank tu jalan dgn b*nt*t(punggung) terkedek2". suami pun dlm nada begurau bls ckp "aah mcm b***** ibu dia la jln kedek2". adakah situasi berikut jatuh zihar?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Bagi menjelaskan hukum bagi perkara di atas, perlu terlebih dahulu diterangkan makna zihar dah rukunnya yang perlu ada untuk seusuatu perbuatan itu dihukum sebagai zihar.

Zihar bermaksud seorang lelaki menyamakan isterinya yang belum tertalak secara bain dengan wanita yang merupakan mahram (orang yang haram dinikahi) baginya.

Sesuatu perbuatan itu dikira sebagai zihar jika terdapat empat rukun, iaitu orang yang menjatuhkan zihar (suami), orang yang dijatuhkan ke atasnya zihar (isteri), orang yang diserupakan dengannya (mahram bagi suami), dan lafaz yang digunakan. Sekiranya suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahramnya tanpa niat zihar dan untuk tujuan bergurau atau penghormatan maka ia tidak jatuh zihar, tetapi jika ada niat zihar, maka jatuhlah hukum zihar.

Berdasarkan keterangan di atas, situasi yang dinyatakan tidak dikira jatuh zihar. Walaubagaimanapun, budaya atau amalan seperti ini hendaklah dijauhi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image