Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam, nak tanya katakan selepas pasangan suami isteri berjima pada malam hari kemudian mereka tertidir sehingga subuh, dan esok nya puasa, adakah puasa mereka sah
Jawapan
Marujuk pada persoalan yang diajukan, puasa suami isteri tetap sah, walaupun mereka dalam keadaan junub (belum mandi wajib) ketika masuk waktu Subuh. Pasangan suami isteri dalam keadaan junub tidak membatalkan puasa, kerana puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari, namun perlu mandi wajib kerana ianya adalah syarat untuk solat, bukan untuk puasa.
Oleh itu, jika seseorang tertidur dan hanya sempat mandi selepas Subuh, puasanya tetap sah.
Suami Isteri tersebut adalah wajib mandi wajib sebelum solat Subuh, kerana dalam keadaan junub, solat tidak sah. Jika terlajak sehingga siang hari, segera mandi wajib dan tunaikan solat Subuh yang terlepas (qadha'). Jadi, puasa tetap sah, tetapi pastikan mandi wajib dilakukan sebelum solat Subuh.
Sekian., terima kasih.