Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanya ayah mertua sy baru meninggal setahun yg lepas.. kemudian ibu mertua berkahwin baru dlm usia nya nya 65thun dan suami baru nya juga berusia 65thn.. ada kah sy sebagai menantu perempuan blh bersalaman dgn bapa tiri suami (suami baru mak mertua ). mohon penjelasan yea ustaz ..terima kasih membantu
Jawapan
Hukumnya adalah tidak dibolehkan kerana dianggap ajnabi. Berkata Imam al-Syafie yang dinukilkan oleh Imam al-Muzani di dalam kitabnya Mukhtasar al-Muzani:
Maksudnya: Seseorang harus menghimpunkan (poligami) antara seorang wanita dengan (bekas) isteri bapa wanita itu (iaitu bekas emak tiri perempuan itu) atau (dengan bekas) isteri anak lelaki perempuan itu, dan menghimpunkan seorang perempuan dengan anak tiri perempuan itu, kerana antara mereka tidak ada ikatan nasab.
Berdasarkan nukilan ini, hubungan mertua tiri dengan menantu adalah ajnabi (orang asing). Maka, tidak boleh bersentuhan dan perlu menjaga aurat sepertimana ketika bersama dengan orang asing.
Sekian, terima kasih.